ZUL SANGAT PRIHATIN DAN AMBIL BERAT TENTANG ZAHIRAH ZAINOL MACWILSON
Perhubungan antara Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin menjadi topik hangat yang diperkatakan di media sosial sejak beberapa sebulan yang lepas.
Bermula daripada kes Zahirah hampir diculik itulah saat dimana akhirnya hubungan mereka diketahui ramai. Ada yang suka mereka bersama ada yang tidak sehingga melabelkan Zul sebagai buaya darat yang bertukar pasangan kerana ingin memanfaatkan populariti yang ada pada seseorang wainta itu.
Malah, ada juga peminat fanatik yang mahu pasangan ini berkahwin!
Buat bapa kepada Zahirah iaitu Zainol MacWilson, beliau merasakan hubungan anaknya itu bersama Zul masih lagi baharu dan agak tidak sesuai untuk mereka membicarakan soal perkahwinan. Zainol mahu Zahirah menumpukan perhatian kepada kariernya dan tidak terburu-buru dalam percintaan.
Memandangkan hubungan mereka baru lagi, terlalu awal untuk bercakap soal kahwin. Seboleh-bolehnya saya tak mahu fikirkan perkara ini. Kalau setakat bercinta tak ada masalah. Lagipun Zahirah masih baru dalam industri hiburan tempatan, masih banyak perlu dia belajar.
Meskipun mengakui Zul sangat prihatin dan mengambil berat terhadap Zahirah, Zainol mahu pasangan tersebut untuk tidak mencemarkan maruah keluarga dengan kotroversi.
Zul sangat prihatin dan ambil berat mengenai Zahirah. Malah kali pertama dia berjumpa saya dan meminta izin mahu berkawan dengan Zahirah, saya tak menghalang. Cuma sebagai bapa saya mahu Zahirah menjaga nama baiknya dan keluarga.
Saya tak boleh ada bersama Zahirah 24 jam. Saya pun ada kerja lain nak buat, sebab itulah saya mahu mereka jaga diri. Walaupun berdarah kacukan, saya masih berpegang dengan adat dan budaya timur. Saya mahu mereka juga begitu.
Bapa mana yang mudah melepaskan anak gadisnya begitu sahaja kepada seorang lelaki yang baharu dikenali. Memang agak awal untuk Zahirah dan Zul membicarakan soal perkahwinan, lebih baik kenal hati budi dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan drastik.
Sumber Berita: Harian Metro
by noreply@blogger.com (Budak Malas) via Media Tonton
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "ZUL SANGAT PRIHATIN DAN AMBIL BERAT TENTANG ZAHIRAH ZAINOL MACWILSON"
Post a Comment