Pemergian pelawak popular, Yus Jambu, 39, mengejutkan ramai pihak terutama rakan pelawak kerana tidak menunjukkan tanda-tanda beliau mengalami sebarang masalah kesihatan. Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo mengadu kurang selesa dan sesak nafas selepas mengadakan persembahan di Dataran Merdeka, malam tadi.
Jenazahnya dikafankan di Hospital Selayang sebelum dibawa ke kampung kelahirannya di Perlis untuk dikebumikan hari ini. Menurut rakan seperjuangan Jihan Musa, kehilangan Pak Yus memberikan impak yang amat besar dalam dirinya.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR & JELAS

Jihan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berhati mulia dan disenangi oleh banyak pihak.
"Pak Yus memiliki hati yang begitu mulia dan baik. Sukar untuk orang membenci Pak Yus kerana arwah begitu disenangi dengan keletah bersahajanya. "Arwah baru saja menghubungi saya beberapa hari lepas bagi menanyakan pendapat saya mengenai perihal kerja.
Langsung tidak nampak sebarang tanda arwah akan meninggalkan kita secara mengejut begini. "Saya dimaklumkan mengenai berita ini setelah selesai mengacarakan program Gegar Vaganza 2. Saya dan Nabil bergegas ke Hospital Selayang untuk melawat jenazah untuk kali terakhir.
"Ramai orang memenuhi perkarangan hospital kerana arwah disayangi semua orang. Namun, Allah lebih menyayangi Pak Yus," kata Jihan kepada BH Online.
Sementara itu, Sherry Al Hadad turut meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat mengenali Allahyarham dengan lebih dekat.
"Saya baru saja mengenali arwah ketika bekerjasama untuk program Juara Parodi kelolaan Astro. Pak Yus sentiasa menceriakan kami dengan jenaka bersahajanya.
"Terkilan rasanya kerana tidak berpeluang untuk mengenali arwah dengan lebih dekat lagi. Diharap semua pihak mendoakan supaya Pak Yus ditempatkan dikalangan orang yang beriman," kata Sherry. Beritapremium

0 Response to "SEBAK !! Luahan Hati 10 Artis Popular Terhadap Pemergian Yus Jambu Yang Paling MENYENTUH JIWA !!"
Post a Comment