Bingkisan Terakhir YUS JAMBU Sebelum Meninggal Dunia Yang Pasti Mengejutkan Semua!!



KUALA LUMPUR - Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, daripada Allah kita datang dan kepadanyalah kita akan kembali.semoga dengan pemergian Yus Jambu menjadi pengajaran kepada yang masih hidup bahawa kita semua akan dipanggil mengadap Ilahi bila tiba masanya, maka beriap siagalah menghadapinya tak kira siapa diri kita.

Yus Jambu telah pergi meninggalkan kita, meninggalkan industri lawak tanahair, pergi dengan meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia yang pernah dihiburkannya. Semua tidak terjangka, semuanya diluar kemampuan kita sebagai manusia, Semuanya menjadi Rahsia Allah Azzawajalla.Pemergiannya amat mengejutkan banyak pihak, terutamanya orang yang paling hampir dengannya.

 Diantara gurauan terakhir Yus yang sempat dikongsi :

"Saya sibuk sangat sekarang Datuk, nak rehat pun susah... harap lepas ni bolehlah rehat panjang," itu gurauan terakhir Yussry Eddo yang lebih dikenali sebagai Yus Jambu kepada Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail.

Menurut Mokhzani, pelawak itu berkata demikian kepadanya selepas beliau menawarkan sebuah persembahan di Perlis pada 12 Dis ini.

"Saya tak sangka gurauan tersebut rupanya tanda dia nak 'pergi' selamanya...itu juga kali terakhir saya berhubung dengan beliau," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau yang mula mengenali Yus pada 2001 ketika Allahyarham aktif menari dan bermain gendang di Jabatan Kebudayaan Perlis serta menyifatkan pelawak itu seorang yang berbakat besar dalam bidang seni dan sentiasa merendah diri.

Sementara itu, rakan baiknya, Amm Raja Lawak atau nama sebenarnya Aman Shah Asri, 31, berkata kehilangan Yus pasti dirindui kerana Allahyarham merupakan orang pertama yang menghubungi beliau ketika menghadapi musibah.

Pemergian dan kehilangannya Yus Jambu amat dirasai terutama kepada semua peminat tegar kumpulan Jambu. Setiap kali persembahannya dipestas manapun dan bergandingan dengan Tauke yang sarat dengan idea-idea punch line pasti buat peminat terhibur dan ketawa terbahak-bahak. Apapun sama-sama kita panjatkan doa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang beriman.

 - Bernama

0 Response to "Bingkisan Terakhir YUS JAMBU Sebelum Meninggal Dunia Yang Pasti Mengejutkan Semua!!"

Post a Comment

ad banner