Lepas Cadburry , Giliran Downy Dikatakan Tak HALAL , Jakim Tak Buat Kerja Ke Penelitian Produk ?

Lepas Cadburry , Giliran Downy Dikatakan Tak HALAL , Jakim Tak Buat Kerja Ke Penelitian Produk ?



Berikutan tersebarnya gambar-gambar dan dakwaan yang mengatakan produk pewangi dan pelembut pakaian jenama Downy mengandungi kandungan berunsur haram bagi umat Islam iaitu babi, pihakDowny Malaysiamelalui kenyataan Facebook mereka hari ini menafikan dakwaan berkenaan.

Pihak Downy dalam kenyataannya menyifatkan tuduhan dan dakwaan yang disebarkan di media sosial berkenaan adalah tidak berasas kerana menurut mereka produk Downy yang berada di pasaran Malaysia adalah tidak sama dengan produk Downy yang dihasilkan di Amerika Syarikat.



Ini kerana formula penghasilan produk dan kilang untuk menghasilkan produk untuk pasaran Malaysia adalah berbeza dengan Amerika Syarikat.

Mereka juga menegaskan prosduk yang dikongsi di laman sosial berkenaan bukanlah produk Downy yang ada di pasaran Malaysia tetapi di USA.

"Kami mereka produk kami dengan mengambil kira keperluan pelanggan kamidi setiap pasaran produk kami dijual. "

"Kami mempunyai beberapa variasi produk untuk memenuhi keperluan yang berbeza di setiap pasaran.

"Tidak kira dimana produk kami dihasilkan, kami menjamin kualiti yang tinggi bagi semua produk Downy,"jelas pihak Downy.

Sebelum ini, beberapa pihak di laman sosial telah berkongsikan pertanyaan dan pengesahan mengenai produk Downy USA yang mengesahkan produk berkenaan terdapat unsur babi.




Kerana viral ini, laman Facebook milik Bahagian Hab Halal, JAKIM menerima pelbagai-bagai soalan mengenai perkara ini dan ini adalah jawapan dari JAKIM.




by noreply@blogger.com (Budak Malas) via Media Tonton

0 Response to "Lepas Cadburry , Giliran Downy Dikatakan Tak HALAL , Jakim Tak Buat Kerja Ke Penelitian Produk ?"

Post a Comment

ad banner