WAJIB BACA, Punca Mandi Wajib Tidak Sah Yang Ramai Tidak Tahu Sering Berlaku!


Punca Mandi Wajib Tidak Sah Yang Ramai Tidak Tahu Sering Berlaku!

Mungkin ada yang sudah tahu akan cara-cara mandi wajib, namun adakah anda pasti ianya bersih d...

Mungkin ada yang sudah tahu akan cara-cara mandi wajib, namun adakah anda pasti ianya bersih dan suci sehingga sah melakukan ibadat wajib yang lain? Sedikit perkongsian yang diperoleh dari JAKIM...

Untuk pengetahuan, rata-rata umat Islam kita tidak sah mandi wajibnya dek kerana melakukannya dengan tidak betul. Untuk pengetahuan semua, MANDI WAJIB yang sah seharusnya dilakukan dengan cara berdiri dan duduk mencangkung bukan hanya melakukan satu sahaja daripada cara tersebut. Hal ini kerana air dapat diratakan keseluruh anggota badan dan ia merupakan salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.



Mandi JUNUB atau JANABAH ini tidak boleh dipandang remeh kerana sekiranya tidak sah, ibadah wajib yang dilakukan juga turut tidak sah. 3 rukun mandi wajib yang perlu dititik beratkan:

1. Niat ; "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala" @ "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala"
2. Menghilangkan najis di badan
3. Meratakan air keseluruh anggota badan zahir

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan. Sekiranya niat itu dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu, dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Selain itu, sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga dikira sebagai tidak sah dan menyebabkan mandi wajibnya juga tidak sah.

Manakala rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, Imam Nawawi berkata, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Dengan erti kata yang lain membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu yang jarang atau lebat. Seluruh urat rambut juga wajib dibasahkan dan diratakan dengan air. Akan tetapi bulu-bulu dalam lubang hidung pula tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Berkaitan dengan kuku, jika terdapat kekotoran di dalam kuku yang boleh menghalang air sampai ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang dan seelok-eloknya dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai mandi wajib seseorang itu dikira sebagai tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut lantas melanggar salah satu rukun mandi wajib. Berbeza dengan inai yang akan meresap ke rambut berbanding pewarna yang menyebabkan air terhalang ke rambut.

Perhatian, mandi wajib haruslah menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik dan bukannya air takungan yang telah sedia ada. Wallahualam. -sensasi.

0 Response to "WAJIB BACA, Punca Mandi Wajib Tidak Sah Yang Ramai Tidak Tahu Sering Berlaku!"

Post a Comment

ad banner