HANGAT!!!! Haramkan dahulu vape hingga selesai kajian


vape



KUALA LUMPUR - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) meminta kerajaan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape secara menyeluruh sehingga ada kajian membuktikan ia selamat dan hanya menimbulkan bahaya terkawal.
"Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terbaik tentang perkara ini," kata Presiden Perdasama Datuk Moehamad Izat Emir pada majlis 'Sepetang Bersama Media' di sini, hari ini.

Ditanya mengenai tindakan pihak berkuasa merampas rokok elektronik itu baru-baru ini hingga menjejaskan punca pendapatan usahawan berkenaan, beliau berpendapat langkah itu sebenarnya boleh memastikan kesihatan generasi sekarang terjamin.
"Anda mahu menyelamatkan masyarakat atau segelintir usahawan dalam industri yang tidak popular ini? Adalah lebih baik memikirkan untuk menceburkan diri dalam industri makanan daripada menjual rokok yang sudah jelas membahayakan kesihatan, apatah lagi rokok palsu ini," kata Moehamad Izat.
Baru-baru ini, Kabinet memutuskan supaya kajian mendalam dan holistik dibuat terhadap penjualan vape dan perisa cecairnya supaya ada prosedur dan kriteria ditetapkan jika mahu membenarkannya dijual di pasaran.
Selain itu, kerajaan juga mahu diadakan peraturan bagi menentukan pihak yang boleh mengeluarkan bahan berkenaan dan peniaga yang boleh menjual dan menggunakannya. - Bernama

0 Response to "HANGAT!!!! Haramkan dahulu vape hingga selesai kajian"

Post a Comment

ad banner